Terma & Syarat :
Kandungan terma dan syarat boleh berubah, dipindahkan atau dihapuskan pada bila-bila masa oleh Niaga Kreatif Resources (IP0545905-H). Harap maklum bahawa kami mempunyai hak untuk mengubah kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang terma dan syarat ini, kami akan melakukan tindakan.
Anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
HaloTelco.asia adalah merupakan platform untuk EXECUTIVE PARTNER (EP) mempromosikan simkad Halo Telco menggunakan web promosi yang disediakan. Website ini bukan web rasmi HQ Halo Telco.
Pembelian & Pembayaran :
- Semua urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.
- Kami berhak untuk membatalkan kontrak penjualan sekiranya pembayaran untuk pesanan tidak diterima sepenuhnya.
- Pastikan nama, alamat, poskod, dan e-mel diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
- Sila sertakan bukti pembelian sama ada upload melalui borang atau upload melalui whatsapp. Ini bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24 jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi kami.
- Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan.
- Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia.
Pendaftaran & Akaun Keahlian :
- Semua pengguna HaloTelco.asia boleh mendaftar untuk akaun keahlian baru dan akses ke akaun pengguna melalui laman web dan aplikasi mudah alih kami. Anda bersetuju untuk memberikan, mengekalkan, dan mengemas kini maklumat yang benar, tepat, dan lengkap mengenai diri anda seperti yang diminta ketika proses pendaftaran. Anda tidak boleh menyamar sebagai orang atau entiti atau memberi gambaran yang salah.
- Pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada komen yang dikirimkan ke HaloTelco.asia yang akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, cap dagang, privasi hak peribadi, atau hak milik lain. Pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada kandungan dari bahan yang menyalahi undang-undang, kasar, atau lucah yang dihantar ke laman web ini. Hanya Pengguna yang bertanggungjawab atas kandungan komen yang telah dibuat.
Pengesahan Identiti :
- Pengguna HaloTelco.asia perlu melakukan pengesahan identiti mengikuti garis panduan e-KYC. Ia dilakukan untuk memastikan semua identiti adalah benar, mengelakkan pencurian identiti, dan semua pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang selamat dan berkualiti.
Newsletter :
- Pengguna harus bersetuju bahawa Niaga Kreatif Resources (IP0545905-H) boleh menghantar infomasi mengenai berita / produk / promosi terkini dan lain-lain melalui e-mel kepada pengguna.
Ketepatan Maklumat :
- Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat di HaloTelco.asia yang mengandungi kesalahan ejaan, ketidaktepatan, peninggalan, yang mungkin berkaitan dengan keterangan produk, harga, kemudahan dan maklumat dikemaskini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada pelanggan.
Umum :
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah terma & syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran terma & syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan terma & syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan terma & syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan terma & syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui pendaftaran sebagai pembeli atau pengguna SBM.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Pihak Niaga Kreatif Resources (IP0545905-H) tidak akan bertanggungjawab ke atas segala risiko, masalah, kesan, dan akibat dari kesalahan ketika menggunakan platform kami.